Seberapa kerap anda buka WhatsApp atau media sosial dalam satu jam?
Adakah anda selalu dengan telefon semasa waktu makan?
Adakah anda menggunakan telefon sebelum tidur walaupun sudah lewat?
Adakah anda menegur anak tentang skrin, tetapi anda sendiri pun selalu di telefon?
Pernahkah anda terlalu fokus pada skrin sehingga tidak perasan anak bercakap?
Adakah anda mendapati diri anda kerap memeriksa telefon tanpa sebab yang jelas?
Adakah anda membawa telefon ke bilik air atau tandas?
Adakah anda menggunakan telefon semasa memandu atau berhenti di lampu isyarat?
Adakah anda membuka telefon sebaik sahaja bangun tidur?
Adakah anda menggunakan telefon bila stres, bosan, atau nak “lari” sekejap dari masalah?
Adakah anda scroll tanpa sedar walaupun tiada tujuan jelas (doomscrolling)?
Adakah anda rasa ‘kosong’ atau gelisah bila telefon tiada dekat anda?
Adakah telefon mengganggu perhatian anda semasa waktu bersama keluarga?
Adakah anda berasa marah atau terganggu apabila seseorang mengganggu anda semasa menggunakan telefon?
Adakah penggunaan telefon membuatkan anda terlambat melakukan tugas rumah atau bersama keluarga?