Lembaran Titipan

Baca surat rahsia daripada seorang ibu atau bapa kepada yang lain...

…atau tulis surat rahsia untuk kongsikan pengalaman anda, atau berikan nasihat yang bermakna.

Senarai Titipan

“Anak-anak perlukan bimbingan, bukan sekadar sekatan.Teruskan usaha anda, mereka sedang belajar daripada anda.”

“Dalam era teknologi, iman dan ilmu perlu berjalan seiring teruskan usaha mendidik anak-anak dengan sabar dan doa.”

“Anda adalah pelindung digital pertama anak anda setiap langkah kecil anda sangat bermakna. Jangan risau jika anda belum tahu semua. Apa yang penting, anda mula peduli dan belajar bersama anak.”

Hai, ibu rasa penat sangat kadang-kadang tapi mesti kuat untuk anak-anak..

[SURAT RAHSIA UNTUK IBU BAPA LAIN] Hai ibu bapa, Kadang saya penat. Kadang saya rasa gagal. Tapi setiap kali saya pandang wajah anak, saya tahu  saya kena terus kuat. Tak ada ibu bapa yang sempurna. Kita semua sedang belajar. Kita semua pernah silap. Tapi asalkan kita terus cuba, itu dah cukup berharga.

Kalau awak rasa down, awak tak sendiri. Kita ada satu sama lain. Dunia sekarang memang mencabar, tapi anak-anak kita masih perlukan kita… bukan yang sempurna, tapi yang hadir dan sayang mereka sepenuh hati. Peluk anak hari ni, dan peluk diri sendiri juga. 💛 

Dari seorang ibu yang faham perasaan tu.

Tanya Cik Lang!