Pasukan
Kami

Pasukan Platform KID.

Dr. Shafizan Mohamed

pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi

Dr. Shafizan Mohamed ialah pensyarah kanan di Jabatan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau pakar dalam bidang media dan komunikasi digital, dengan tumpuan khusus kepada keibubapaan digital, literasi media, dan pembangunan masyarakat melalui teknologi. Dr. Shafizan ialah pengasas Platform KID, sebuah inisiatif yang menyokong ibu bapa Malaysia dalam mendidik anak-anak secara selamat dan bijak di dunia digital. Beliau aktif dalam penyelidikan, penulisan, dan program komuniti yang memperjuangkan nilai keibubapaan berteraskan agama, budaya dan teknologi.

Mohamed Aslam Akbar

Associate Professor of Shariah Sciences

Mohamed Aslam Akbar currently works as an Associate Professor of Shariah Sciences at the Kulliyyah of Economics and Management Sciences, International Islamic University Malaysia (IIUM). He's a dedicated researcher delving into economic thought in early Muslim scholarship, Maqasid al-Shariah based developments and teaches courses in Islamic commercial jurisprudence, economics in Qur'an and Sunnah, and sustainable development goals. Based in Malaysia, Akbar's work bridges Islamic wisdom with diverse disciplines, fostering a more profound understanding of Shari'ah principles and ethical values while exploring their practical applications in contemporary economic and societal contexts.

Prof. Madya Dr. Nurazzura Mohamad Diah

ahli akademik

Prof. Madya Dr. Nurazzura Mohamad Diah ialah seorang ahli akademik dalam bidang antropologi perubatan dan keusahawanan digital dari Jabatan Sosiologi & Antropologi, AHAS KIRKHS, UIAM. Beliau berpengalaman luas dalam penyelidikan dan pengajaran menggunakan teknologi. Antara pencapaian utama beliau ialah penghasilan modul keusahawanan digital untuk pelajar dan komuniti. Beliau meenggunakan satu pendekatan yang dipanggil The 4X (Expertise, Experience, Excitement, Expectation) untuk mendidik pelajar dan komuniti dalam menggunakan platform digital agar mereka dapat membuat pilihan yang selamat dan bertanggungjawab.

Prof. Madya Dr. Nur Kareelawati

pakar

Prof. Madya Dr. Nur Kareelawati merupakan seorang pakar dalam produksi media, komunikasi keluarga, dan literasi digital Islam. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam kajian media dan pembangunan modul keibubapaan digital, beliau aktif mempromosi komunikasi berkesan antara ibu bapa dan anak. Antara pencapaiannya termasuk penerbitan buku dan penyelidikan tentang kesejahteraan dalam industri kreatif, wanita dan remaja serta penglibatan dalam pembangunan dasar kandungan media beretika di Malaysia.

"Keibubapaan digital memberdayakan ibu bapa untuk yakin memimpin anak-anak di alam siber dengan nilai, ilmu dan empati." — Dr. Kareelawati Abd Karim

Dr Muhamad Azamin Anuar

clinical lecturer

Dr Muhamad Azamin Anuar is currently a clinical lecturer at International Islamic University Malaysia. He completed his undergraduate and paediatric training in the UK. He obtained an MRCPCH and Post-graduate Diploma in Child Health before joining IIUM in 2018. He is a consultant paediatrician and paediatric neurologist serving the state of Pahang.

Siti Inarah Hasim

Pensyarah

Siti Inarah Hasim ialah Pensyarah di Jabatan Psikologi dan Ahli Psikologi Klinikal berdaftar. Dia berpengalaman dalam perkembangan kanak-kanak, keibubapaan Islamik, dan kesejahteraan keluarga. Kini Inarah sedang menjalankan penyelidikan PhD dalam bidang intervensi keibubapaan berteraskan Islam dan minda sedar (mindfulness), untuk ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas. Dia juga aktif dalam advokasi keibubapaan digital yang selamat, beretika dan responsif terhadap cabaran kontemporari.

Dr. Norsaremah

pENSYARAH

Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang akademik dan hampir lima tahun dalam industri perisian, Dr. Norsaremah merupakan Profesor Madya di Jabatan Sains Komputer, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat UIAM, beliau telah menerbitkan lebih 80 kertas kerja. Kepakaran beliau dalam teknologi digital kini disumbangkan kepada Platform KID bagi memperkasa keibubapaan digital melalui pendekatan yang berasaskan bukti dan amalan terbaik.

Dr. Noorlila Ahmad

Pensyarah

Dr. Noorlila Ahmad ialah Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling, Kulliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau memiliki PhD dalam Pendidikan (Psikologi Pendidikan) dari UPM. Beliau mengajar subjek berkaitan psikologi, kaunseling dan pendidikan khas. Kajian beliau tertumpu kepada kesejahteraan psikologi, gangguan emosi, kompetensi digital, digital literasi, ekopsikologi dan kemahiran komunikasi. Beliau aktif dalam penyelidikan berkaitan kesihatan mental, dengan penekanan kepada pendedahan kepada alam semula jadi dan nilai spiritual bagi meningkatkan kesejahteraan dan pemulihan psikologi.

Tc. Ida Rahayu Yahya

Penolong Jurutera

"Tc. Ida Rahayu Yahya adalah Penolong Jurutera di UIAM dan Juruteknik Bertauliah (Tc.) di bawah MBOT dalam bidang Aerospace and Aviation Technology. Mahir dalam pengendalian eksperimen aerodinamik menggunakan Subsonic Wind Tunnel dan Water Tunnel serta mahir mengoperasi pencetak 3D. Menguasai penggunaan AI generatif (GANs) untuk menghasilkan ilustrasi dan diagram bagi tujuan pendidikan sains dan teknologi, sebagai menyokong pembelajaran digital efektif di rumah.Aktif mengendalikan kelas atau perkongsian asas prompting Gen AI bagi tujuan penghasilan Imej AI secara maya mahupun fizikal.

Hafizatul Salma Harif Fathilah

bekas wartawan penyiaran dan pegawai perhubungan awam

Hafizatul Salma Harif Fathilah ialah bekas wartawan penyiaran dan pegawai perhubungan awam yang kini aktif dalam bidang kandungan kreatif, pemasaran digital dan media sosial. Sebagai ibu kepada tiga anak, beliau pernah mendengar sendiri luahan hati ibu bapa di wad kanak-kanak dan ICU, yang menyedarkan beliau tentang pentingnya kesedaran kesihatan kanak-kanak. Kini, beliau merupakan moderator kandungan CVI Family Support Network Malaysia yang fokus kepada isu penglihatan akibat gangguan otak dalam kalangan kanak-kanak.

Dr Wan Norshira Binti Wan Mohd Ghazali

Pensyarah Kanan

Dr Wan Norshira Binti Wan Mohd Ghazali merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Bahasa Moden dan Komunikasi, Fakulti Bahasa dan Komunikasi di Universiti Sultan Zainal Abidin. Mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyelidikan dengan bidang kepakaran dalam media, kewartawanan, dan advokasi komunikasi kesihatan. Beliau turut terlibat secara langsung dalam penyelidikan bagi membangunkan modul khas kepada ibu bapa dalam memberi sokongan digital kepada anak-anak agar menjadi generasi yang mempunyai ketahanan digital (Digital resilience) dalam dunia tanpa sempadan.

Dr. Nazariah Janon

pakar keibubapaan

Dr. Nazariah Janon adalah pakar keibubapaan dengan latar belakang psikologi yang kukuh. Memahami selok-belok perkembangan kanak-kanak dan dinamika keluarga, beliau kini mengaplikasikan kepakarannya untuk membekali ibu bapa dengan strategi berasaskan psikologi dalam membimbing anak-anak di era digital. Pendekatan beliau yang mendalam dan berpusatkan pada kesejahteraan emosi menawarkan perspektif yang berharga dalam membesarkan generasi digital yang resilien

Prof Madya Dr Mastura Badzis

pensyarah

Prof Madya Dr Mastura Badzis merupakan pensyarah Kulliyyah Pendidikan UIAM, memegang ijazah kedoktoran (Ed. D) dalam bidang Perkembangan dan Pendidikan Kanak-kanak dari University of Warwick UK. Beliau merupakan mantan Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Kebangsaan, pernah menjadi Pensyarah Tamu di Fakulti Pendidikan, Universiti Sultan Qaboos, Oman, dan Sarjana Tamu di Fakulti Pendidikan, Universiti Tokyo, Jepun. Selain menjadi rujukan negara, pemikiran dan idea beliau mengenai perkembangan, pendidikan dan psikologi kanak-kanak turut mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Beliau juga merupakan antara penerima Pingat Emas bagi projek bertajuk: “SETIAP ANAK PERMATA NEGARA” (2009) dan penerima anugerah " Prodigy Pedagogi" di Bab Industri Kanak-kanak Kebangsaan (NCIC 2023)

Mohamed Aslam Akbar

Associate Professor of Shariah Sciences

Mohamed Aslam Akbar currently works as an Associate Professor of Shariah Sciences at the Kulliyyah of Economics and Management Sciences, International Islamic University Malaysia (IIUM). He's a dedicated researcher delving into economic thought in early Muslim scholarship, Maqasid al-Shariah based developments and teaches courses in Islamic commercial jurisprudence, economics in Qur'an and Sunnah, and sustainable development goals. Based in Malaysia, Akbar's work bridges Islamic wisdom with diverse disciplines, fostering a more profound understanding of Shari'ah principles and ethical values while exploring their practical applications in contemporary economic and societal contexts.

Prof. Madya Dr. Nurazzura Mohamad Diah

ahli akademik

Prof. Madya Dr. Nurazzura Mohamad Diah ialah seorang ahli akademik dalam bidang antropologi perubatan dan keusahawanan digital dari Jabatan Sosiologi & Antropologi, AHAS KIRKHS, UIAM. Beliau berpengalaman luas dalam penyelidikan dan pengajaran menggunakan teknologi. Antara pencapaian utama beliau ialah penghasilan modul keusahawanan digital untuk pelajar dan komuniti. Beliau meenggunakan satu pendekatan yang dipanggil The 4X (Expertise, Experience, Excitement, Expectation) untuk mendidik pelajar dan komuniti dalam menggunakan platform digital agar mereka dapat membuat pilihan yang selamat dan bertanggungjawab.

Prof. Madya Dr. Nur Kareelawati

pakar

Prof. Madya Dr. Nur Kareelawati merupakan seorang pakar dalam produksi media, komunikasi keluarga, dan literasi digital Islam. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam kajian media dan pembangunan modul keibubapaan digital, beliau aktif mempromosi komunikasi berkesan antara ibu bapa dan anak. Antara pencapaiannya termasuk penerbitan buku dan penyelidikan tentang kesejahteraan dalam industri kreatif, wanita dan remaja serta penglibatan dalam pembangunan dasar kandungan media beretika di Malaysia.

"Keibubapaan digital memberdayakan ibu bapa untuk yakin memimpin anak-anak di alam siber dengan nilai, ilmu dan empati." — Dr. Kareelawati Abd Karim

Dr. Juliana Aminah binti Marhaban

pensyarah

Dr. Juliana Aminah binti Marhaban berpengalaman lebih 20 tahun sebagai ahli terapi pertuturan-bahasa dan berkhidmat sebagai pensyarah di IIUM. Kepakarannya merangkumi perkembangan pertuturan-bahasa, latihan pendengaran, pengurusan bunyi pertuturan dan implan koklear. Beliau percaya ibu bapa dan penjaga adalah perangsang utama perkembangan pertuturan-bahasa anak dan sentiasa memperkasa peranan ibu bapa dan penjaga. Beliau aktif berkongsi ilmu dengan memberi ceramah, latihan dan sering menulis artikel akademik dan buku cerita kanak-kanak.

Ibu bapa adalah cermin kepada anak. Anak tidak hanya melihat, mereka meniru dan belajar. Kita bijak digital, anak cekap membina masa hadapan.

Dr. Nor Hamizah bt Ab Razak

Pensyarah Kanan

Nor Hamizah bt Ab Razak merupakan Pensyarah Kanan dalam Program Kaunseling, Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling, Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling Keluarga dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Bimbingan Kaunseling. Bidang kepakaran beliau adalah kaunseling kanak-kanak dan remaja. Beliau terlibat sebagai pengajar di peringkat pra dan pascasiswazah dalam kursus seperti Kaunseling Keluarga, Kaunseling Kanak-kanak dan Remaja dan Kaunseling dalam Alquran dan AlHadith. Kebanyakan kajian dan penulisan beliau adalah berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak & remaja dan keibubapaan digital. Beliau juga merupakan kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia.

Manu Menon

CEO of Youthopia

Manu Menon is an innovative leader with over 30 years in digital transformation and education technology. As CEO of Youthopia, he pioneered online platforms enhancing critical thinking and creativity among students and spearheaded interactive camps equipping children with vital 21st-century skills. His consultancy, Epiphanik, creates certified digital literacy programs. Passionate about integrating technology into education, Manu leverages digital tools to future-proof the next generation, making him a valuable guide for parents nurturing digitally resilient children.

Dr. Nurul Akma Jamil

pensyarah Kejururawatan Ibu dan Anak

Dr. Nurul Akma Jamil ialah pensyarah Kejururawatan Ibu dan Anak di Kulliyyah of Nursing, UIAM Kampus Kuantan. Kepakaran beliau ialah penyusuan susu ibu, kesihatan wanita, dan penggunaan media digital dalam pendidikan kesihatan.

Tanya Cik Lang!