About
Platform KID

Platform KID’s mission is to help parents raise kind, confident kids in a digital world

Who We Are

Platform Keibubapaan Digital (Platform KID) lahir daripada aspirasi untuk memahami dan meningkatkan hubungan antara teknologi digital, kanak-kanak, dan ibu bapa. Ia bermula pada tahun 2020 apabila sekumpulan penyelidik dari Jabatan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), menjalankan kajian mendalam dengan dana daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Penyelidikan ini menumpukan kepada kesan teknologi digital terhadap kanak-kanak, terutamanya mereka yang berada dalam situasi mencabar.

Kajian yang dijalankan semasa pandemik COVID-19 itu mendapati bahawa
walaupun akses kepada teknologi digital semakin baik, kanak-kanak hanya
menggunakan manfaat asas teknologi. Mereka tidak mampu menyelesaikan masalah,
mencipta kandungan, atau berinovasi. Kajian ini mendedahkan bahawa kebanyakan
kanak-kanak hanyalah pengguna pasif teknologi digital, tanpa memanfaatkan
potensi besar teknologi ini.

Lebih membimbangkan, kajian juga mendapati bahawa ibu bapa memainkan peranan penting tetapi kebanyakan mereka tidak cukup berpengetahuan atau berkemahiran untuk membantu anak-anak mereka dalam menghadapi cabaran dunia digital. Kekurangan sokongan ini menjadi salah satu punca utama yang membantutkan perkembangan kemahiran digital kanak-kanak.

Demi meneruskan usaha untuk lebih mendalami hubungan dinamik antara penggunaan teknologi digital kanak-kanak dan sokongan ibu bapa mereka, kumpulan pengkaji telah mendapatkan pembiayaan dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN). Hasil kajian bersama LPPKN menunjukkan bahawa ibu bapa di Malaysia amat positif dan bersemangat mengenai masa depan digital anak-anak mereka. Mereka percaya bahawa teknologi digital adalah kunci untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan. Namun, mereka sering keliru dan kurang yakin dengan bentuk pendidikan digital yang sesuai, serta tidak bersedia untuk pendidikan formal seperti kelas berstruktur.

What We Do

Daripada hasil ini, penyelidikan mengenal pasti keperluan mendesak untuk platform yang bukan sahaja menyediakan pendidikan digital kepada ibu bapa, tetapi juga menjadi sumber sokongan peribadi yang boleh diakses dengan mudah. Dengan bantuan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kumpulan penyelidik dari UIAM ini berjaya membangunkan Platform KID.

Platform KID direka untuk menyokong ibu bapa Malaysia dalam mendidik anak-anak mereka tentang dunia digital. Ia bertujuan membangunkan generasi baharu yang bersedia menghadapi cabaran digital, sekali gus menyumbang kepada kemajuan masyarakat Malaysia yang lebih inovatif dan berdaya saing. Dengan Platform KID, kami berharap dapat membawa manfaat kepada semua rakyat Malaysia dan membantu membina masa depan digital yang lebih cerah untuk negara. 

Terima kasih kerana menyokong usaha kami.

Our Team Members

John Doe

John Doe

Software Engineer

Add team member description here. Remove the text if not necessary.

John Doe

John Doe

Software Engineer

Add team member description here. Remove the text if not necessary.

John Doe

John Doe

Software Engineer

Add team member description here. Remove the text if not necessary.

John Doe

John Doe

Software Engineer

Add team member description here. Remove the text if not necessary.

Research Publications

1.      Nor Zaidi, Sarah Lynn Aliah and Mohd Mahudin, Nor Diana (2024) The roles of media literacy, emotional intelligence, and digital intelligence in predicting psychological well-being. Southeast Asian Media Studies Journal, 6 (1). pp. 47-66. E-ISSN 2718-9236

2.      Mohd Mahudin, Nor Diana and Janon, Nazariah Shar’ie and Musa, Mohd Noor (2022) Policy for Digital Citizenship – Findings from the Family Digital Citizenship in Pandemic Recovery: Prospects, Challenges, and Policy Study. Policy Paper. Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Malaysia. Item availability restricted.

3.      Mohd Mahudin, Nor Diana and Janon, Nazariah Shar’ie (2022) Lock, talk, or stop? measuring how parents mediate their young children’s use of digital devices in the Malaysian context. e-JURNAL IPPTAR, 1 (1). pp. 1-25. ISSN 2785-874X Item availability restricted.

4.      Mohd Mahudin, Nor Diana and Janon, Nazariah Shar’ie (2021) Too young too digital: how Malaysian parents mediate their young children’s internet and digital device use. Media Matters, 4. pp. 67-80. Item availability restricted.

5.      Mohd Mahudin, Nor Diana and Janon, Nazariah Shar’ie (2021) Shaping family digital literacy: investigating parental mediation practices of young children’s Internet and digital technologies use. In: 2021 MCMC Research Symposium, 7th July 2021, Virtual. (Unpublished) Item availability restricted.

Contact Us

Tanya Cik Lang!