Pernah main permainan “telefon buruk”? Kali ini, sedikit berbeza kerana kita akan menggunakan ayat dan lukisan!

Telefon x Ilustrasi ialah permainan interaktif yang mencabar kreativiti dan pemahaman. Seorang pemain akan menulis satu ayat ringkas, kemudian pemain seterusnya perlu melukis apa yang difahami daripada ayat itu. Pemain berikutnya pula meneka kembali ayat daripada lukisan tersebut, dan kitaran diteruskan!

Permainan ini bukan sahaja mencuit hati, malah mendorong kanak-kanak berfikir secara kreatif, berkomunikasi dengan jelas, dan memahami bagaimana maklumat boleh berubah apabila disampaikan dari seorang ke seorang.

🧠 Kemahiran: Kreativiti, komunikasi, kefahaman visual

👫 Sesuai untuk: Aktiviti berkumpulan, kelas, atau masa lapang bersama keluarga dan rakan

➡️ Klik halaman seterusnya untuk belajar cara bermain.

Pages: 1 2

Tanya Cik Lang!