🎲 Mari Bermain Telefon x Ilustrasi!

🧰 Apa yang Diperlukan:

✂️ Cara buat booklet untuk Bermain:

1. Cetak satu helai template.

2. Gunting ikut garis putus-putus.

3. Lipat helaian ikut arahan berikut.

Langkah 1
Langkah 2
Booklet dah siap!

📜 Cara Bermain:

  1. Tentukan Kategori Permainan
    Sebagai contoh, makanan kesukaan atau hobi di waktu lapang.
  2. Tulis Ayat
    Setiap pemain mula dengan menulis ayat pendek atau frasa (contoh: “Bermain bola sepak”) pada helaian pertama.
  3. Lukis
    Helaian diberikan kepada pemain di sebelah kiri. Pemain ini melukis apa yang mereka faham daripada ayat tadi pada helaian baru.
  4. Teka
    Kertas dipas kepada pemain seterusnya, tetapi mereka hanya melihat lukisan, bukan ayat asal. Mereka akan meneka apa yang dilukis dan menulis tekaan itu.
  5. Ulang Langkah 3 dan 4
    Ulangi proses lukis-teka-lukis-teka hingga kertas kembali ke pemain asal. (Tambah booklet jika tidak cukup)
  6. Tunjuk hasil kepada semua!
    Semua pemain buka kertas masing-masing dan baca urutan ayat → lukisan → tekaan → lukisan, dan seterusnya. Selalunya sangat lucu bila makna asal berubah sepenuhnya!
  7. Kongsikan hasilnya di media sosial dan jangan lupa untuk tag @platformkid.my!

📩 Muat turun template booklet di sini:

Pages: 1 2

Tanya Cik Lang!