Komuniti Digital

Selamat datang ke komuniti kami. Kami gembira anda di sini.

Sekiranya anda ada persoalan, cuba semak di carian mungkin ada yang dah berkongsi. Kami mengalu-alukan perkongsian dan pendapat anda di ruangan forum. 

Apa yang anda tahu tentang Buli Siber?

Adakah anda rasa anda pernah nampak contoh buli siber sebelum ini?
Ya, pernah nampak0 Votes · 0.00%
Pernah dengar tapi tak pasti bentuknya1 Vote · 100.00%
Tak pernah perasan langsung0 Votes · 0.00%
1 Participant
Quote

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai ibu ayah!
Ramai antara kita biasa dengar perkataan buli siber, tapi mungkin tak semua jelas apa maksudnya. Kadang-kadang ia nampak macam gurauan biasa, tapi sebenarnya boleh tinggalkan kesan besar pada anak-anak.

 

Buli siber boleh jadi dalam pelbagai bentuk, contohnya:

  • Mesej hina atau ejek dalam WhatsApp / media sosial

  • Sebar gambar atau video anak tanpa izin

  • Tidak libatkan seseorang dengan sengaja (contohnya keluarkan dari group chat)

  • Buat akaun palsu untuk kutuk atau menjatuhkan orang

Boleh rujuk infografik ini untuk dapatkan maklumat yang lebih detail: Buli Siber di Malaysia

 

Jom kongsikan: Apa contoh paling jelas buli siber yang pernah anda nampak? (Tak perlu sebut nama atau detail, cukup cerita situasi secara umum supaya kita sama-sama belajar.)

Quote

Sekarang dah ada istilah "palau". Contoh situasi sekumpulan pelajar ignore seorang pelajar. Tak libatkan dalam apa-apa aktiviti.

Situasi ni sebenarnya beri kesan yang sangat teruk bagi seseorang.

Situasi ni terjadi juga dalam group group whatsapp.

Platform KID has reacted to this post.
Platform KID
Quote

Ya, betul. “Palau” memang termasuk dalam salah satu bentuk buli siber, iaitu exclusion atau pengecualian. Nampak macam perkara kecil, tapi hakikatnya ia boleh beri kesan yang besar pada emosi dan keyakinan diri seseorang.

Platform KID has reacted to this post.
Platform KID
Quote

Kadang2 kita pun terlibat dengan aktiviti buli siber tapi tak perasan. contohnya bila kita letak komen negatif atau memalukan di site celebrity. kadang kita lupa diorang pun manusia.

Platform KID has reacted to this post.
Platform KID
Quote
Quote from Platform_KID on August 25, 2025, 11:47 am

Ya, betul. “Palau” memang termasuk dalam salah satu bentuk buli siber, iaitu exclusion atau pengecualian. Nampak macam perkara kecil, tapi hakikatnya ia boleh beri kesan yang besar pada emosi dan keyakinan diri seseorang.

oh patutlah pernah dgr anak sebut "kena palau" . Pelik jugak mana anak2 belajar perkataan yg kita tak pernah sebut di rumah. huhu

Tanya Cik Lang!