Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa pendedahan kepada kandungan lucah boleh berlaku tanpa sengaja. Anak mungkin terlihat imej atau video tidak sesuai melalui iklan, permainan dalam talian, media sosial, atau mesej daripada rakan.
Sebagai ibu bapa, kawalan digital sahaja tidak mencukupi. Yang lebih penting ialah membina komunikasi yang terbuka dan positif bersama anak agar mereka memahami mengapa sesuatu itu tidak wajar, bukan sekadar diarahkan untuk tidak melakukannya.
Lihat infografik ini untuk mengetahui lima cara utama anak boleh terdedah dan bagaimana ibu bapa boleh mencegahnya dengan bijak.












