Buli siber bukan sekadar gurauan. Ia boleh tinggalkan kesan yang serius kepada kanak-kanak dan remaja. Bulan ini, Platform KID mengajak semua untuk bersama-sama memahami, mencegah, dan hentikan buli siber melalui pelbagai aktiviti menarik!
Apa yang kami sediakan sepanjang bulan ini?
- Infografik: Visual ringkas tapi padat tentang kesan buli siber dan cara menghadapinya.
- Open Discussion: Sesi perbincangan terbuka dengan ibu bapa, guru, dan pakar untuk berkongsi pengalaman dan tips.
- TikTok Live & Podcast: Perbincangan mendalam bersama pakar tentang strategi mencegah buli siber dan pengalaman sebenar.
- Tanya Pakar: Ruang untuk anda bertanya terus kepada pakar tentang isu buli siber.
Mari kita bersama-sama membina persekitaran digital yang lebih selamat untuk anak-anak kita. Jangan lepaskan peluang untuk belajar, berkongsi, dan bertindak!