Modul KID: Tatacara Penggunaan Ibu Bapa dan Etika Digital

Modul Keibubapaan Digital (KID):

Unit 2 ETIKA PENGGUNAAN MEDIA DIGITAL – Bahagian 2

Teknologi kini sebahagian daripada kehidupan anak-anak kita. Mereka belajar, berhibur, dan berhubung melalui pelbagai platform digital. Namun, tanpa bimbingan, ruang maya ini boleh jadi tempat yang berisiko.

Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan tentang etika penggunaan media digital – bagaimana anak-anak boleh diajar untuk menggunakan teknologi dengan cara yang betul, berakhlak, dan bertanggungjawab. Etika ini melibatkan cara mereka berkomunikasi, berkongsi maklumat, serta menghormati orang lain dalam talian.

Buli siber hanyalah salah satu contoh apabila etika ini tidak dipatuhi. Sebab itu, ibu bapa berperanan penting untuk membimbing anak supaya lebih beradab dalam setiap interaksi digital.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buli siber, sila klik pautan ini: Buli Siber

🎥 Saksikan video penuh untuk memahami:

  • Apa maksud etika digital dalam kehidupan seharian anak.
  • Mengapa ia penting untuk keselamatan, pembelajaran, dan komunikasi.
  • Bagaimana ibu bapa boleh mendidik anak menjadi pengguna digital yang berakhlak dan bertanggungjawab.


Aktiviti:

Poll Interaktif – Refleksi Buli Siber

Arahan untuk anak: “Pilih jawapan yang paling sesuai dengan pengalaman awak.”

Welcome to your Poll Interaktif – Refleksi Buli Siber

Pernah tak seseorang hantar mesej atau komen kasar kepada awak berulang kali?

Pernah tak awak rasa kawan sengaja tidak jemput awak masuk group online?

Pernah tak seseorang kongsi rahsia awak tanpa izin?

Pernah tak awak nampak komen yang sengaja hina orang lain di media sosial?

Pernah tak ada orang buat akaun palsu untuk menghina awak?

Pernah tak awak kongsi rahsia kawan tanpa izin?

Pernah tak awak rasa seseorang selalu pantau atau ganggu awak online?

Pernah tak awak tulis komen provok atau hina kawan?

Pernah tak awak guna akaun kawan untuk pos benda yang boleh menyakiti orang?

Pernah tak ada orang buat posting palsu atau fitnah tentang awak?

💡 Nota untuk ibu bapa:

  • Soalan-soalan ini boleh diacak semasa ditanya supaya anak tidak boleh menjangka jenis buli.
  • Selepas selesai, bincangkan setiap jawapan dengan anak untuk meningkatkan kesedaran dan etika digital.
  • Gunakan poll ini sebagai permulaan perbincangan, bukan untuk menghukum.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Tapis atau Isih
Archives
Kemas Kini Terbaru
Teg Awan
Kongsi Artikel Ini :

Artikel Berkaitan

Tanya Cik Lang!

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x