Apa Kesan Skrin pada Anak Kita?

Kesan Pendedahan Skrin Kepada Bayi Bawah 2 Tahun

Tahukah anda bahawa pendedahan skrin kepada bayi bawah usia 2 tahun boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan mereka?

Kajian menunjukkan bahawa penggunaan skrin yang berlebihan boleh menjejaskan perkembangan otak, menyebabkan kelewatan pertuturan dan bahasa, serta mengganggu kualiti tidur bayi. Selain itu, bayi juga berisiko mengalami lemah daya tumpuan, kurang interaksi sosial, dan kesukaran dalam mengawal emosi kerana kurang pengalaman dunia sebenar. Malah, penggunaan skrin boleh menggantikan masa bermain aktif, sekali gus menyebabkan kelewatan perkembangan motor kasar dan halus.

Sebagai ibu bapa, penting untuk kita memahami risiko ini dan mengurus pendedahan skrin dengan bijak sejak awal usia anak.

Kesan Ketagihan Skrin di Kalangan Kanak-kanak

Ketagihan skrin dalam kalangan kanak-kanak bukan sahaja menjejaskan perkembangan emosi dan sosial, malah turut memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental mereka.

Antara kesan yang sering berlaku termasuklah tumpuan mudah terganggu, masalah tidur, obesiti, masalah postur, mudah marah dan cemas, hilang minat terhadap aktiviti lain, serta masalah penglihatan.

Penggunaan skrin yang tidak terkawal boleh menggantikan masa bermain, belajar, dan berinteraksi secara sihat.

Sebagai ibu bapa dan penjaga, kita perlu lebih peka dan berusaha membentuk tabiat penggunaan skrin yang seimbang sejak awal.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Tapis atau Isih
Archives
Kemas Kini Terbaru
Teg Awan
Kongsi Artikel Ini :

Artikel Berkaitan

Tanya Cik Lang!

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x