



“67” Dipilih Sebagai Word of the Year 2025
Dipetik daripada dictionary.com
“67” (diucapkan six seven, bukan sixty seven) telah diumumkan sebagai Word of the Year 2025 oleh Dictionary.com.
Carian untuk “67” meningkat dengan ketara sejak pertengahan tahun 2025, mencatat lebih enam kali ganda peningkatan sejak bulan Jun.
Asal Usul
Ungkapan “67” dipercayai bermula daripada lagu Doot Doot (6 7) oleh Skrilla. Ia kemudian dikaitkan dengan klip viral di TikTok yang memaparkan pemain bola keranjang LaMelo Ball, yang berketinggian 6 kaki 7 inci.
Maksud dan Kegunaan
Maksud “67” tidak mempunyai tafsiran yang tetap. Ada yang menggunakannya untuk menunjukkan reaksi “boleh jadi”, “macam tu lah” atau “tidak pasti”. Ia sering disertai dengan gerakan tangan di mana kedua-dua tapak tangan diangkat secara berganti.
Dictionary.com menerangkan bahawa “67” adalah contoh bahasa “brainrot slang” iaitu bahasa yang sengaja tidak mempunyai makna jelas dan dicipta untuk hiburan serta perkongsian dalam talian.
Sebab Ia Dipilih
Dictionary.com menjelaskan bahawa Word of the Year bukan sekadar perkataan yang popular, tetapi sesuatu yang menggambarkan cara kita berkomunikasi dan cerita yang kita sampaikan tentang diri kita sepanjang tahun.
“67” dipilih kerana ia mencerminkan budaya generasi baharu yang berinteraksi dengan cara pantas, ekspresif, dan kreatif dalam dunia digital. Ia menunjukkan bahawa bahasa hari ini bukan sekadar tentang makna, tetapi tentang perasaan, konteks sosial, dan cara kita menyambung hubungan di alam maya.





