Modul Keibubapaan Digital (KID):
Unit 1 Asas Keibubapaan Digital – Bahagian 3
Bagaimanakah ibu bapa boleh terus relevan dan menyokong anak-anak dalam dunia digital yang sentiasa berubah?
Video ini membincangkan kepentingan membina daya tahan digital dalam diri anak-anak serta bagaimana ibu bapa boleh menjadi pembimbing yang menyokong dan membimbing, bukan sekadar pengawal. Modul ini juga menekankan peranan keibubapaan positif yang berasaskan dialog, galakan dan empati sebagai kunci untuk membantu anak-anak menghadapi cabaran digital dengan yakin dan seimbang.
Tonton video ini untuk memahami pendekatan keibubapaan yang lebih berkesan dalam era teknologi dan ketahui aktiviti mudah yang boleh dilakukan bersama anak-anak!
Aktiviti:
Senaraikan aktiviti digital yang boleh dilakukan bersama anak.
Sebagai contoh, tonton video pembelajaran, bermain permainan interaktif, cipta kandungan kreatif, atau cari info bersama.





