Pernah tak anda…
❓ Terima mesej kasar atau ugutan berulang kali?
❓ Dibuang daripada group chat tanpa sebab?
❓ Dimalukan dengan gambar atau cerita peribadi yang tersebar?
❓ Atau… anda sendiri pernah tinggalkan komen pedas yang mungkin melukai orang lain?
Kalau ya, anda sebenarnya sudah berdepan dengan buli siber – sama ada sebagai mangsa, pelaku, atau penonton senyap.










Apa Itu Buli Siber?
Buli siber ialah perbuatan menyakiti, mengugut, mempermalukan atau menjatuhkan maruah orang lain menggunakan teknologi digital, sama ada melalui mesej, media sosial, aplikasi chat, atau permainan dalam talian. Ia sangat halus, kadang-kadang kita tidak sedar pun ia sudah berlaku.
Bentuk-Bentuk Buli Siber
- Harassment – mesej kasar/ugutan berulang kali.
📌 Contoh: mesej WhatsApp “Bodoh kau, jangan datang sekolah esok!” - Trolling & Flaming – komen sengaja provok atau hina.
📌 Contoh: komen di TikTok, “Eee muka kau buruk, jangan masuk live la!” - Exclusion – sengaja tidak masukkan seseorang dalam kumpulan online.
📌 Contoh: semua kawan buat group Telegram kecuali seorang. - Outing & Trickery – sebar rahsia/peribadi tanpa izin.
📌 Contoh: screenshot masalah keluarga lalu kongsi di group lain. - Fraping – guna akaun mangsa tanpa izin untuk pos benda buruk.
📌 Contoh: buka Facebook kawan, post status “Aku benci semua orang kat sekolah ni!” - Cyberstalking – mengintip, mengugut, atau ganggu secara berterusan.
📌 Contoh: bekas teman lelaki DM berkali-kali, “Aku tahu kau kat mana sekarang.” - Dissing – sebarkan fitnah untuk rosakkan reputasi.
📌 Contoh: buat posting palsu kata kawan curi duit kelas. - Camouflage – guna akaun palsu untuk buli.
📌 Contoh: buat akaun TikTok palsu guna gambar orang lain untuk hina dia.
Mengapa Ia Bahaya?
Kes-kes buli siber di Malaysia sudah meragut nyawa:
- Esha (2024) – dibuli ketika live TikTok, menerima ugutan rogol dan bunuh.
- Remaja Sarawak (2019) – buat undian di Instagram, 69% pengikut pilih “mati”.
- Thivyaanayagi (2020) – dihina dengan lebih 300 komen selepas videonya tular.
Semua ini bermula dengan komen, undian, atau gambar di media sosial, tetapi kesannya kekal selamanya.
Apa Peranan Kita?
👉 Ibu bapa – pantau bahasa anak di media sosial dan tunjukkan contoh komunikasi berhemah.
👉 Remaja & pengguna – fikir sebelum menulis; satu mesej boleh menyelamatkan atau memusnahkan.
👉 Masyarakat – jangan jadi penonton senyap; laporkan, tegur, dan lindungi mangsa.
Buli siber sering berlaku secara halus dan tidak disedari, namun kesannya amat mendalam. Pencegahan memerlukan pemantauan, bimbingan, dan teladan yang baik daripada semua pihak.
Pernah tak anda alami atau nampak kes buli siber?
Kongsikan pengalaman anda di ruang komen. Suara anda mungkin boleh menyelamatkan orang lain.