Hiburan atau brainwash? Bagaimana Media Membentuk Cara Anak Kita Melihat Dunia

Hiburan digital hari ini semakin imersif, dari video pendek ke permainan interaktif yang penuh aksi dan kekerasan. Tetapi, di sebalik hiburan itu, ada persoalan yang jarang kita tanya:
Bagaimana media membentuk cara anak-anak berfikir, berasa, dan bertindak?

Bila Kekerasan Jadi “Normal”

Kajian menunjukkan bahawa apabila kanak-kanak terdedah secara berulang kepada kandungan ganas, reaksi emosi mereka terhadap keganasan boleh berkurang. Ia adalah satu keadaan yang dikenali sebagai desensitisasi.

Keganasan dalam media bukan lagi dilihat sebagai “salah”, tetapi “biasa” atau “normal”. Lama-kelamaan, batas empati semakin kabur.

Cultivation Theory: Dari Skrin ke Realiti

Teori Cultivation Theory oleh George Gerbner (1976) menjelaskan bahawa pendedahan berterusan kepada mesej media boleh membentuk persepsi tentang realiti.

Dalam konteks dunia digital sekarang, algoritma mengulangi tema dan mesej yang sama, seolah-olah “menanam” pandangan tertentu dalam minda anak-anak.
Apabila kandungan ganas diulang tanpa henti, keganasan boleh mula kelihatan normal.

Adakah Dunia Telah Berubah?

Maka persoalannya:
Adakah dunia digital menjadikan anak-anak lebih ganas?
Apakah langkah yang sepatutnya ibu bapa ambil untuk atasi masalah ini?

Kongsikan pandangan anda di Komuniti Digital Platform KID dan bersama-sama kita fahami bagaimana media membentuk dunia anak-anak kita.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Tapis atau Isih
Archives
Kemas Kini Terbaru
Teg Awan
Kongsi Artikel Ini :

Artikel Berkaitan

Tanya Cik Lang!

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x