APA KATA PAKAR? Konten Dewasa

Video ini berkisarkan pesanan tegas tetapi bersahaja daripada Dr. Nor Hamizah binti Ab Razak, Pensyarah Kanan dalam Program Kaunseling di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau merupakan pakar dalam bidang kaunseling kanak-kanak dan remaja, dengan kepakaran khusus dalam perkembangan kanak-kanak dan keibubapaan digital.

Dalam klip ini, Dr. Hamizah menyentuh isu yang sering dianggap remeh, “adakah sesuai anak-anak menonton adegan dewasa dalam media?” Jawapan beliau mengajak kita sebagai ibu bapa untuk menilai kembali batasan tontonan dalam keluarga.

Saksikan mesej padat ini.


Pakar Kami

Dr. Nor Hamizah bt Ab Razak

Nor Hamizah bt Ab Razak merupakan Pensyarah Kanan dalam Program Kaunseling, Universiti Sains Islam Malaysia.

Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling, Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling Keluarga dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Bimbingan Kaunseling. Bidang kepakaran beliau adalah kaunseling kanak-kanak dan remaja. Beliau terlibat sebagai pengajar di peringkat pra dan pascasiswazah dalam kursus seperti Kaunseling Keluarga, Kaunseling Kanak-kanak dan Remaja dan Kaunseling dalam Alquran dan AlHadith. Kebanyakan kajian dan penulisan beliau adalah berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak & remaja dan keibubapaan digital. Beliau juga merupakan kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Tapis atau Isih
Archives
Kemas Kini Terbaru
Teg Awan
Kongsi Artikel Ini :

Artikel Berkaitan

Tanya Cik Lang!

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x