Kami Teruja! Platform KID Kini Dilancarkan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ibu ayah hebat di luar sana!

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan teruja, kami ingin mengumumkan bahawa Platform Keibubapaan Digital (Platform KID) kini rasmi dilancarkan! ๐ŸŽ‰

๐Ÿ“… Tarikh: 28 Mei 2025
๐Ÿ•™ Masa: 10:00 pagi
๐Ÿ“ Lokasi: Auditorium ISTAC, IIUM

Setelah berbulan-bulan berusaha, bermesyuarat, meneliti data, dan mengumpul maklum balas โ€” hari yang dinanti akhirnya tiba. Hari ini, kita mulakan satu langkah baru ke arah membina sebuah komuniti ibu bapa digital yang lebih kuat, lebih berilmu, dan lebih bersedia.

Apa yang telah kami lalui?

Sebelum kami membina laman ini, kami turun padang. Kami jalankan kajian pasaran, kumpul data dari ibu bapa sebenar, buat survei, anjurkan sesi perbincangan kumpulan (FGD), dan terima pelbagai cadangan serta teguran. Kami tanya terus pada ibu bapa seperti anda โ€” apa yang anda perlukan?, apa yang anda risaukan?, bantuan apa yang anda harapkan?

Semua usaha ini adalah demi satu matlamat:
Untuk menyediakan platform yang benar-benar relevan, mudah difahami, dan sesuai untuk ibu bapa di Malaysia.

Kami tahu setiap keluarga itu unik. Ada yang tinggal di bandar, ada yang di kampung. Ada ibu bapa muda, ada juga datuk dan nenek yang menjaga cucu. Ada yang celik digital, ada yang baru mula belajar guna WhatsApp. Kami cuba sedaya upaya untuk menyusun kandungan agar dapat memenuhi pelbagai keperluan ini.

Namunโ€ฆ ini baru permulaan.

Platform ini akan sentiasa berkembang. Kami masih belajar. Masih mencari ruang untuk perbaiki. Masih menambahbaik berdasarkan maklum balas anda.

Inilah sebabnya kami sangat perlukan sokongan anda semua.

Gunakanlah platform ini. Terokalah setiap sudutnya. Kongsikan dengan pasangan, keluarga dan kawan-kawan. Dan paling penting โ€” berilah maklum balas. Beritahu kami apa yang berguna, apa yang kurang, dan apa lagi yang anda ingin lihat.

Kerana pada akhirnya, kejayaan Platform KID ini bukan milik kami sahaja. Ia milik kita semua โ€“ komuniti ibu bapa Malaysia yang komited membina generasi yang celik teknologi, tapi tetap kuat nilai dan jati diri.

Terima kasih kerana bersama kami dari awal.
Mari kita terus melangkah, bersama.

Dengan penuh semangat dan harapan,
Pasukan Platform KID

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Tapis atau Isih
Archives
Kemas Kini Terbaru
Teg Awan
Kongsi Artikel Ini :

Artikel Berkaitan

Tanya Cik Lang!

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x