Modul KID: TATACARA PENGGUNAAN ANAK-ANAK

Modul Keibubapaan Digital (KID):

Unit 2 ETIKA PENGGUNAAN MEDIA DIGITAL – Bahagian 3

Dalam era teknologi yang serba pantas ini, anak-anak membesar dengan akses mudah kepada internet, gajet dan media sosial. Sebagai ibu bapa, kita memikul tanggungjawab besar untuk memastikan mereka bukan sahaja celik digital, tetapi juga menggunakan teknologi dengan cara yang sihat dan beretika selaras dengan ajaran Islam.

Video kali ini mengetengahkan panduan untuk ibu bapa Muslim dalam mendidik anak-anak menghadapi dunia digital, termasuk kepentingan kesedaran, bimbingan, dan kawalan penggunaan peranti.

Dengan kesedaran dan tindakan yang konsisten, insya-Allah anak-anak akan lebih bersedia menghadapi cabaran dunia digital tanpa terjebak dengan kesan negatifnya.

📺 Tonton video penuh di sini:


Aktiviti:

Detektif Digital

Detektif Digital: Taip nama di enjin carian

Cuba anda dan anak-anak anda taip nama sendiri, atau nama ibu bapa, di enjin carian seperti Google. Lihat apa yang muncul.

Kemudian, tanya pada anak-anak: “Bagaimana perasaan kamu bila melihat maklumat ini? Adakah ia sesuatu yang baik untuk orang lain nampak, atau sebaliknya?”

Jejak Media Sosial

Jejak Media Sosial: Semak cadangan media sosial

Seterusnya, buka aplikasi media sosial anak-anak. Tanyakan pada mereka: “Kenapa agaknya aplikasi ini cadangkan video atau kawan tertentu?”

Terangkan bahawa aplikasi menggunakan algoritma yang menjejak apa yang kita tonton, like, atau kongsi, lalu menentukan apa yang muncul seterusnya.

Siasat AI

Siasat AI: Tanya AI tentang diri anda

Cuba tanya ChatGPT atau mana-mana aplikasi AI generatif: “Apa yang awak tahu tentang saya?”

Terangkan pada anak-anak bahawa AI dilatih daripada maklumat internet, dan ia boleh membina gambaran tentang kita berdasarkan apa yang kita kongsikan.

Ingatkan mereka: semakin banyak maklumat peribadi kita kongsi, semakin mudah orang atau sistem digital mengenali kita.

Refleksi Kreatif

Refleksi Kreatif: Bayangkan avatar digital ideal

Ajak anak-anak lukis atau tulis ciri-ciri “avatar digital” versi terbaik mereka. Contohnya: sopan bila komen, kongsi perkara bermanfaat, jaga privasi diri.

Kemudian bincangkan: “Apa yang perlu kita buat supaya orang lain melihat kita seperti avatar ini?”

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Tapis atau Isih
Archives
Kemas Kini Terbaru
Teg Awan
Kongsi Artikel Ini :

Artikel Berkaitan

Tanya Cik Lang!

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x