Skrin & Anak Kita: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu?

Anak kita lahir dalam dunia yang penuh dengan skrin, daripada skrin TV, telefon dan tablet sehinggalah ke skrin paparan iklan. Malangnya, terlalu banyak masa di depan skrin boleh menjejaskan perkembangan otak, bahasa, emosi dan tidur mereka.

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang terdedah kepada skrin lebih awal atau terlalu lama cenderung mengalami kelewatan pertuturan, masalah emosi dan kurang tidur. Oleh itu, ibu bapa perlu bijak menguruskan masa skrin anak; pantau, bimbing, dan hadkan masa dengan bijak. Tonton bersama, pilih kandungan yang sesuai, dan paling penting, tunjukkan contoh yang baik. Anak belajar lebih banyak daripada apa yang mereka lihat, bukan hanya apa yang mereka dengar.


Sumber:

Panjeti-Madan, Vaishnavi N., and Prakash Ranganathan. 2023. “Impact of Screen Time on Children’s Development: Cognitive, Language, Physical, and Social and Emotional Domains” Multimodal Technologies and Interaction 7, no. 5: 52. https://doi.org/10.3390/mti7050052

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Tapis atau Isih
Archives
Kemas Kini Terbaru
Teg Awan
Kongsi Artikel Ini :

Artikel Berkaitan

Tanya Cik Lang!

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x